CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Tuesday, February 8, 2011

KEMBARA IPT

28 JAN(PETANG)


sewaktu dalam perjalanan dari masjid hadhari besut ke pejabat ABIM di pengkalan chepa kelantan, ntah apa masalah yang mengganggu ketenangan hati ana.. hati ana terus berdegup kencang tanpa henti.. dihati ini xpernah putus untuk menyebut kalimah ILAHI tapi hatiku tetap tidak tenang.. mungkin kerana hanya ana yang berpurdah, ana sedikit canggung,x mengapalah.. ana xkisah apa owg nak kata, nak tengok kew.. asalkan ana tenang dengan perwatakan ana yang sebegini...
ana begini bukan kerana manusia,bukan juga kerana inginkan pandangan yang baik daripada masyarakat,tapi DIA memilih ana untuk jadi begini.. Alhamdulillah..
ana bersyukur sangat DIA sentiasa mendekatkan diri ana dengan DIA,dengan segala ujian yang diberi,dengan mengerakkan hati ana untuk melakukan sesuatu perkara hanya kerana DIA...
ana seowg hamba yang tidak bersyukur seandainya ana menyerah kalah denga ujian yang DIA bagi walhal,ujian itu tandanya Dia ingin mendekatkkan ana denganNya...
sebaik sampai di pejabat ABIM pengkalan chepa,kami menunaikan solat asar... Alhamdulillah.. after solat asar,ana betul2 kembali tenang.. mungkin sebab ana takut dengan muslimin yang ada sebab tu ana x tenang.. tapi lepas solat asar, n duduk agak jauh daripada rijal, ana rasa tenang... ana ajak sahabat baik ana berjalan di luar bangunan untuk ambik angin n tulis cacatan untuk blog...
semasa bersantai, disitu lah detik perkenalan ana dan sahabat baik ana dengan 2 owg akhawat smka naim libanat... 
disitu kami mula bersahabat,dan persahabatan kami dari semasa kew semasa semakin akrab.. then kemana mana sahaja kami pergi pasti berempat...
so sweet..

sebelum ana terlupa,selepas solat asar,kami ada sesi ta'aruf...
adoyai.. sesi nie memang lucu sangat2... apa x nye... apabila tiba giliran ana untuk bagitahu nama,semua owg x dengar ana punyer sore... yang sebelah ana pn x brape nak dengar.. berapa kali kene ulang.. sampai ada yang sempat rakam sebab nak dengar balik..ehehehehe
nak uat macam mana,begitula ana... ana x suker bersuara lantang kerana ia hanya akan mendedahkan aurat ana... ana lebih slesa bersuara perlahan asalkan terjaga...
hehehe.. maaf semua..!

28 JAN(MALAM)

malamnya kami solat mghrib n hajat berjemaah,.. lepas solat kami diberi makan malam... adoyai.. memang agak susah nak makan sebab makanan ana agak berbeza dari owg.. ana x pernah makan makanan malam yang disediakan malam tu.. pilihan terbek,ana hanya membiarkan perut ana kosong tanpa makanan dan hanya air yang menjadi alasnya..

tepat pukul 10.30 malam,kami di arah untuk menaiki bas.. haiyaaaa!
ana,sahabat bek ana dan 2 owg akhawat smka naim libanat banat yang paling akhir nek bas... apa xnye... kami xsuker ber-sesak2.. 
kami disediakan 2 buah bas.. peserta muslimah lebih ramai daripada muslimin.. 1 bas lebih ramai muslimin daripada muslimah dan sebuah lagi hanya ada 6 owg muslimin..
kami nak nek bas yang ramai muslimah,tapi apakah daya kami,kerana ketolak ansuran kami,bas tu sudah penuh..!
last2 kami kene naik bas yang lebih ramai muslimin daripada muslimah...
Allah..!
malu betull... dahla muslimin duk depan.. muslimah laq duk belakang... maknanya... kami kene lalu depan muslimin... haiya...!
kami dapat tempat agak kebelakang... rasa macam nek buai baby.. pening rasanya sebab bas asyik ke atas ke bawah...
akhirnya kami lena di dalam bas sepanjang perjalanan kew kuala lumpur...

29 JAN 2011

pukul  6 pagi kami sampai di masjid bentong... diikutkan jadual pukul 5 pagi kami sepatutnya sampai di pusat asasi universiti islam antarabangsa malaysia di petaling jaya...
tapi mungkin bas bertolak sedikit lewat dan ia membuatkan kami lambat sampai...
di masjid bentong, semasa kami menuju kew bilik wudu' kami dikejutkan dengan  teriakan seowg muslimah.. Allahurabbi... dye jatuh tangga...innalillah...
Allahurabbi... 

selepas menunaikan solat subuh,kami meneruskan perjalanan ke pusat asasi UIA petaling jaya...
sebek sahaja sampai di perkarangan pusat asasi,kami turun untuk kew masjid.. kerana di masjid asasi UIA itula tempat kami bersiap sebelum kami kew UM untuk perasmian jubli emas ke 50 tahun persatuan kebangsaan pelajar islam melaysia... mak ai.. ingtkan turun disitu masjid dah dekat,upenyer jauh jugak kene jalan..jalan laq jalan yang berbukit.. habis tenaga ana guna nak jalan sebab memang ana dah x larat dah asbab xde tenaga... xmakan sebelum bertolak,macam mana nak ada tenaga...adoyai...
nasib bek kawan ada tolong bagi support..hehehehe
kuatkan diri... adoyai... 

sampai2 jew,aduh! tempat muslimah tingkat 2 pulak... memang kene kerah tenaga lagi...adoyai.. angkatla beg yang berat kew tingkat 2... 
sampai jew tempat muslimah, kami ber4 cepat2 kuarkan barang2 keperluan untuk bersihkan diri... kami cepat2 sebab xnak berebut dengan muslimah yang len..
kami turun balik,ingatkan bathroom dekat jew, bila ditanya pengiring kami,mak datuk, bukan main jauh lagi... adoyai.. dahla kene rentasi bahagian muslimin... mula2 x pakai niqab n sarung kaki..tapi bila dapat tahu tuh,terus berlari belake nek kew tempat muslimah untuk pakai sarung kaki.. n ana ambik purdah sekali...
adoyai... masa mandi diuji lagi... xperasan lantai licin,apa lagi,jatuh macam nangka buruk jew.. dahla kepala laq teratuk ngan dinding,.. aduh... hilang ingatan sekejap.. bila ingat2 adoyai..lucu betul.. betawa cuainya diriku ini...hehehehehe
tebolah x abiz2...adoyai...
lepas siap2,pengiring minx kami pergi makan sebelum ke UM.. tapi adoyai sekali lagi makanan yang disediakan ana xmakan... sebabnya memang makanan tu ana xmakan..
perut xyah katala...
memang dah kuarkan mcam2 lagu dah tanda angin dah mula mengambil tempat...

tapi ALLAH itu maha adil.. Allah memberi makanan yang len pada ana di UM.. di UM kami ada majlis perasmian jubli emas persatuan kebangsaan pelajar islam malaysia yang ke 50 taon.. di sana telah tersedia banyak makanan yang boleyh di makan.. Alhamdulillah.. ana ambik sedikt nasi goreng dan ayam untuk isi perut yang kian galak memainkan lagunya... dan ana tersalah ambik kopi... mak datuk, letak cream n gula masih terasa pahitnya.. hentam ajewlah...
oleyh kerana keadaan ana berpurdah,ana tahu owg sekeliling melihat ctuac ana macam agak 'menyeksakan' untuk makan kerana wajah yang bertutup dan x dibuka.. namun,ana dah biasa begini jadi itu x menjadi masalah pada ana untuk makan.. ana makan dengan adab yang telah dididik dan di terap didalam diri ana sejak kecik.. memakan dengan perlahan2.. dan ana agak sedikit segan kerana kedudukan ana agak mengadap kepada meja muslimin dan muslimin ada yang boleyh tengok ana makan... segan... segan sangat.. ana x suke dipandang..
ana hanya mampu menundukkan pandangan ana dan melihat2 sahabat2 muslimah satu meja bulat dengan ana.. dowg semua memang spoting habis...hehehehehe
tyme makan dah abiz,tiba laq tyme minum..ini yang agak susah sebab x pernah buat sebelum nie..selalunya ana minum guna straw tapi nie kopi, nak minum guna straw macam mana sebab straw tu memang xde...
last2 angkat ckit purdah(xbukak.. n xkan bukak lau x bersebab) n cuba gak untuk minum tapi penuh hati2 agak x terkena purdah....


di majlis perasmian tuh kami berjumpa dengan sasterawan negara iaitu A.SAMAD SAID.. bestnyer... syukur betul dapat jumpa...
selepas program berakhir,kami naik kepentas untuk sesi bergambar.. adoyai
bab bergambar nie memang x brape nak suker nak2 lau kamera muslimin pn ada sama...
2 kali owg tangkap gambar, dengan sepantas kilat ana cuba menyusuk ke belakang.. agar x kelihatan...hehehehe


selepas selesai aktiviti kami di UM,kami bergerak kew UPM..punyerlah excited nak p UPM sampai x sabar2.. hehehee




sebabnya ana nak jumpa kakaq ana yang sangat ana sayang..
Alhamdulillah..
kenangan yang terindah dapat jumpa kakaq kat UPM... ana peluk kakaq kuat2...erat2.. rindu sangat dekat dye..
ana sempat bertemu dengan kakaq sekejap jew.. masa memang mencemburui kami... ana sebak sangat.... memang menangis... xleyh nak tahan... dahla rindu sangat dengan dye pastu dapat jumpa kejap jew...


nek bas laq ana yang paling last sekali masa tuh... kami nek bas sebab kami nak meroda UPM.. ada sowg kakaq yang jadi juru cakap kami tentang UPM..
disebabkan hati sedang diselubungi kesdihan.ana memang x dengar langsung taklimat kakak tu..
kami pusing2 kawasan UPM .. mak ai.. beso betul UPM nie.. xtahu kat mana kawasan UPM berakhir.. sedar2 dah sampai putrajaya...hehehehe


<




lam putrajaya kami  tetap berjalan berempat..disana ana dah mula rasa macam kaki kekebasan...
p buat xtahu lagi... kami  tawaf masjid putarajaya... gi sana g sini.. last2 p masuk dalam masjid...
kuar dari masjid,kami cari food court p kami xjumpa tangga nak turun.. kami ingat kawasan food court dah xde dah.. 
lastly after penat bejalan kami jumpa akhirnya foodcourt tu... kami cari makanan simple je untuk dijadikan alas perut...


lepas beli makanan kami hajatnya nak makan dekat situ jew tapi bila kami tengok jam,waktu dah menunjukkan kami perlu berkumpul lam masjid putrajaya secepat mungkin untuk sesi fotografi,..
ana segan untuk bergambar sebenarny....
lam sesi fotografi di PJ, ana duduk.. lepas bergambar ana cuba berdiri n ana rasa kaki ana macam nak kejang...tapi ana abaikan... selepas bergambar,kami pergi ke dataran untuk makan malam(ana xmakan sebab ana memang kuwg makan nasi) ..
lepas makan malam, kami berjalan ber4 ke masjid untuk solat jamak maghrib n isya'...
lepas solat, ana rasa kaki ana semakin menjadi2.. sehinggakan selepas solat, nak kembali kew bas ana rasa kaki ana makin teruk.. ana berjalan xbrape nak normal dah...
kawan ana yang bersimpati ngan ana cuba memimpin tangan ana n memapah hingga kew bas... 
oleyh kerana ana sakit,memang kamilah peserta yang paling lewat sampai dekat bas...
Allah..! sampai2 jew semua muslimin dah ada lam bas...
memang nak xnak ana kene lalu ikut depan muslimin..
waktu naik kew bas, Allah...
hanya DIA yang tahu betapa ana malu...  ana hanya menundukkan pandangan sahaja... alahai.. dahla muslimin ramai yang berdiri.. ana nak berpegang pada seat agak sukar kerana muslimin2 yang berdiri bagi ruang n mereka berdiri berhampiran seat2.. jadi ana cuba juga berjalan plan2 n penuh hati2 agar x bertepuh dengan rijal...
sampai jew, seat pulak kene tukar.. kata teman muslimah, kedudukan di anjak ke belakang sebab ada muslimin yang tumpang untuk balik kew kelantan... jadi kedudukan kami agak kebelakang.. dekat dengan tayar... rasa macam duk lam buai baby jew.... dari x mabuk jadi mabuk, pening....adoyai...
sebaik jew duduk, sahabat ana daripada naim libanat tolong ana dengan menyapukan ubat pada kaki ana yang mula kebengkakan yang agak teruk...
lepas sapu ubat ana rasa lega sikit.. n kaki mula rasa kebas2...
sampai jew UKM,tempat kami menginap,semasa nak turun, kaki ana dah berada pada tahap kritikal dah.. ana memang dah x mampu nak berjalan ngan stabil... sahabat ana yang papah.. beg ana dowg yang bawak... kene laq turun tangg yang agak curang sebelum sampai kew asrama puteri... adoyai.... memang dugaan...
masa nak turun tangga yang agak curang tuh.. tapi Alhamdulillah... ada muslimin yang prihatin yang membantu kami mengangkat beg pakaian kami.. sahabat ana pulak terus membantu memimpin ana agar x jatuh...


sebaik sampai di kawasan tempat kami berhimpun,sahabat2 muslimah memberi perhatian kepada ana dan bertanya... sahabat ana hamizah yang tahu ana jatuh lam bilik air tanya 'sebab jatuh tadi kew???'
nak xnak kene jawab the truth.. nie bukan sebab jatuh lam bilik air kat UIA tadi,tapi nie kene sengat lebah...
macam mana x melarat,lebah tuh serang ana dekat 2 tempat... ana y dah memang lemah nie memang xboleyh nak lawan bisa lebah tuh n sebab tula bisa tuh melarat larat sampai kaki kebengkakan yang amat n membuatkan kaki ana mula merasa kekebasan yang amat sehingga naik ke separuh badan...
pastu x ana tahu,hal ana dilaporkan kepada abang n kakak yang mengiringi kembara kami.. dan mereka nak ana dibawa ke hospital kerana bimbang ia melarat hingga kew jantung... waahh..dengar hospital memang macam2 alasanla ana bagi...sebab ana memang 'anti' dengan hospital nie.. nak2 slalu jew dapat doktor lelaki.. adoyai....
pujuk punyer pujuk kakak pengiring,kakak tu bertegas untuk bawak kew hospital.. nak xnak kene angkur ajewla...adoyai... macam2 ana buat nak menampakkan pada mereka yang ana x apa2.. alamak..! tektik x menjadi... adoyai.. sejam menunggu,kereta yang akan membawa ana ke hospital baru sampai..kesian dekat siswa UKM y selaku sukarekalawan ABIM tu balik umah pinjam kereta ayah dye.. adoyai...
serba salah laq rasanya sebab menyusahkan owg tengah2 malam..


sebaik kereta sampai,ana dipapah sahabat ana dari naim libanat untuk ke kereta.. malu betul.. ramai pulak yang mengiringi..hehehehe
adoyai.... segannya YA ALLAH...
kene pulak lalu depan muslimin yang tengah makan... pastinya mereka tengok 'drama' yang sedang berlangsung tu... malunya YA ALLAH...
tapi nak xnak,pandangan mata tetap ditundukkan dan langkah tetap diteruskan.. malu ke x,masa tu ana tengah sakit.. buat xtahu udahla... buat muka sposen(nasib pakai niqab..hehehehe.. muka owg x tengok ckit.. masih terjaga)
sebaik masuk kew kereta,kawan2 muslimah yang mengiringi,masih menanti sehingga kami bergerak... yang pergi bersama ana malam tu abg shah(pengiring kami),kak zura(pengiring kami),abg arraba'(siswa UKM) dan khadijah(akhawat naim libanat selaku sahabat ana)


sepanjang dalam perjalanan, hanya DIA yang ana ingat...hanya DIA yang ana rindui... apa x nye dalam kereta ada dua owg muslimin... adoyai...xsuker betul dengan situasi malam tu.. pape pn,ana berhutang budi dengan mereka..dalam perjalanan,siswa UKM sempat bertanyakan nama kami... memang ana jadi owg 'bisu' malam tu.langsung xbercakap.. siswa UKM bertanya nama pn ana x jawab.. sebaliknya kaq zura dan khadijah yang tolong jawabkan...waahhh.. menyombong pulak rasa..dahla owg tu dah tolong pastu menyombong pulak..adoyai... nk buat macam mana.. bila berhadapan dengan muslimin,susah untuk ana bercakap.. ana takut seandainya ana bercakap,ana menggunakan nada yang kembut seperti kebiasaan.. waahh..nanti dikira menggoda tu... wanauzibillah... ana xnak di anggap begitu...


sepanjang perjalanan ana diam dan diam...
sebaik ajew sampai,ana terus dikejarkan kebahagian kecemasan hospital kajang...
siswa UKM tu cakap dengan anggota st.john yang sedang bertugas yang ana kene sengat lebah n xleyh jalan.. cepat2 dye ambik kerusi roda.. wah... best la pulak xyah jalan.. owg tolong tolak..hehehehehe
adoyai...ambik kesempatan laq dah...
ok2..kembali pada cerita tadi.. ana terus ditolak ke bahagian kecemasan.. n ana berhadapan mungkin doktor pelatih kowt... dokotr lelaki.. haa.. yang nie an nak kata sikit.. nak jadi doktor buatla cara nak jadi doktor... owg nak jadi doktor nie sebab nak berbakti pada masyarakat.. mak ai.. doktor nie.. nak ajew ana bidas depan2...agak2 tu senyumla sikit bila ada owg senyum...(maaf...ana x senyum pn..buat apa senyum,bukan nampak pn..n buat apa senyum pada rijal) dengan muka yang masam mencukanya...eee.. geram betul...(maaf..seandai rungkaian kata lam perenggan nie agak kasar..hehehe)


lepas ana di 'check' sekejap oleyh doktor tu,ana ditolak kew bahagian kecemasan yang 1 lagi...di sana ana kene  jumpa 2 owg lagi doktor..YA ALLAH... dalam hati nie x putus2 doa  agar pastu dapat doktor perempuan.. 
seterusnya ana dipanggil masuk kew bilik seowg doktor melayu...alamak..! doktor lelaki lagi..itulah keluhan pertama yang kuar dari bibir ana kepada sahabat ana... sahabat cakap 'sabar2..darurat'
tapi ana respect dekat doktor nie.. mungkin dye tengok ana berpurdah, dye sangat hati2 memeriksa ana.. bercakap pn guna nada yan lembut.. ana terpandang wajah doktor itu secara x sengaja(pandangan pertama yang x disengajakan insyaAllah masih x dikira) doktor nie jauh berbeza dengan doktor pertama tadi.. agak sopan..dan x bermasam muka... untuk memeriksa tekanan darah ana,dengan penuh hati2 dye selak lengan jubah ana agar x terkena tangan ana( msih ada baju kurung didalam..Alhamdulillah..aurat masih terjaga)...alat pengepam darah tuh dye pasangkan di sebalik lengan baju kurung.. n lepas siap.. ana kuar untuk jumpa doktor sowg lagi... salam di hulurkan dan ucapan terima kasih di berikan....
kuar dari bilik doktor muda itu,ana menanti untuk dipanggil msuk berjumpa doktor yang seterusnya.. beberapa ketika menunggu,ana dipanggil..
ALLAH..! nie lagi dasyat.. dapat doktor laki.. pastu china laq tu..adoyai...susah nak kata...buat2 tenang jew.. lam hati doa sangat2 moga aurat dan batasan terus terjaga... xnak bersetuhan.. sungguh..! xnak sangt2...
Alhamdulillah.. Allah mendengar doa ana.. doktor china tu x berani sentuh ana. dye hanya bertanya dan memberi resit ubat..(nasib xkene injection)


tunggu ubat laq bukan kemain lagi lama..ya Allah..ana nie rasa macam krusi yang ana duduk tu dah panas jew..tengok kiri tengok kanan,xde laq owg panggil untuk ambik ubat..adoyai.. udah engak betah untuk duduk nie.. nak balik UKM secepatnya...


dekat kul 12 baru boleyh ubat tuh..seterusnya kami cepat2 kuar memandangkan ari sudah malam...
siswa UKM berpesan kepada kami agar tunggu di pintu utama sementara dye pergi ambik kereta...
adoyai.. bersalah rasanya sebab menyusahkan dye...
dalam perjalanan balik ke kolej tempat penginapan kami,ana dan khadijah lebih memilih untuk mendiamkan diri n kekadang menelinga jugak..hehehehehe
adoyai...
yang pasti kami x sabar nak sampai kew kolej untuk mengadu...


sebaik sampai ke perkarangan kolej,kami perlu turun melalui tangga sebelum sampai ke perkarangan kolej, sebaik ana nak turun,siswa UKM meminx kami masuk balik ke perut kereta.. tertanya tanya jugak kenapa.. kaq zura mungkin dapat baca persoalan di minda ana, lantas bertanya.. siswa tu pn cakap yang ada jalan untuk masuk terus ke bangunan kolej tu n xyah turun tangga... dowg bertanya pada ana terlebih dahulu sama ada nak siswa UKM tu hantar terus ke bawah atau juz turun kat ctu...
ana berfikir jugak... ana xnak dikatakan manja.. ana anak yang berdikari.. indpendent person... ana decide yang ana nak turun sendiri tangga tu tanpa manaiki kereta/..
mereka menghormati keputusan ana.. n ana nekad untuk turun di situ jugak.. ana turun dengan hati.. takut jugak kalau2 tergelincir.. nak2 kaki tengah x brape nk betul nie


sebaik  sahaja sampai di muka pintu bilik,terharu betul.. kawan2 satu kembara menyambut kepulangan ana dan terus bertanya khabar ana.. sampai  nak penuh bilik..Alhamdulillah...
di bilik masing2 bertanya mcam mana keadaan.. terharu betul.. sebaik jew ana buka purdah,ana hanya melemparkan senyuman penuh bahagia n terharu pada mereka.. soalan2 mereka ana menjawab dengan senyuman paling manis yang pernah ana ukir...

selepas beberapa ketika, mereka meminta diri untuk beredar kerana nak bagi ruang pada ana untuk berehat..
sebaik semua kembali ke bilik masing2 n 3 owg sahabat sebilik ana ke tandas,3 owg muslimah dari bilik dihadapan bilik ana kembali kew bilik ana n bertanya khabar.. salah sowg diantara mereka sanggup 'korbankan' sarung kaki yang baru dye beli untuk ikat kaki ana yang di sengat lebah agar bisa lebah tu x berjalan kew jantung... Allah
semoga KAU rahmati mereka...
selepas itu kami semua kembara ke alam mimpi....
ALLAH.. sungguh..! malam itu ana tido dalam penuh ketenangan waima kaki tengah sakit..
terima kasih kerana rahmatMU YA ALLAH..


30 JAN 2011


kami x kemana untuk

hari nie.. hari terakhr kami,paginya kami dibawa melawat ke fakulti sc fizik UKM.. disana kami mendapat taklimat n tahu bagaimana rasa ketika berada dalam bilik kuliah...
sedikit sebanyak ana dapat rasa macam mana berada dalam bilik kuliah... agak x selesa pasa awalnya.. nak2 meja tecik jew... xsuker meja tecik2.. susah nak menulis... tapi walau apapon,nnti kene pandai2 sesuaikan diri gak..




selepas selasai aktvt dekat UKM,kami bergerak ke pejabat ABIM pusat...
di sana kami ambik masa agak lama jugak.. kami makan tengah hari disana... semsa nak makan,ana minx dekat 3 owg sahabat ana agar cari tempat yang agak tersembunyi sebab ana nak bukaq purdah untuk makan.. kami tawaf kawasan tuh.. last2 ada sowg pegawai ABIM nie.. dye memahami masalah ana.. n minx kami makan didalam surau.. Alhamdulillah... DIA mempermudahkan lagi urusan kami...


tapi..ini dugaan ana.. semasa kami makan,kami lupa untuk kunci pintu surau tu.. ada sowg muslimin bersama sama beberapa rakan dye  main terjah jew surau tuh tanpa bagi salam... Allah.. apa lagi.. tindakan drastik.. ana terkejut,ana tengok rijal tu(tanpa purdah masa tu) rijal tu tengok ana... selepas beristighfar,kami masing2 berpaling ke arah yang boleyh menymbunyikan wajah ana dari dye,dan dye kuar agar x tengok wajah ana..
nak menangis rsanya.. sebelum nie ana bukan main lagi jaga.. tapi.. kerana keterlanjuran dye membuka pintu,dye dah 'ternampak' wajah ana...
apa2 pn ana xsalahkan dye...mungkin dye x tahu yang kami ada didalam surau tuh...yang pasti,ana makin malu,makin segan,.. xtahu nk kata apa... hanya pada DIA ana mengadu...
harap perkara nie x berulang lagi selepas nie...


selepas mkan tengah hari,kami bertolak balik ke negeri masing2.. kami terpaksa batalkan lawatan kami ke UIA mmandangkan hari sudah lewat sebab kembara nie lebih ramai peserta muslimah berbanding muslimin..kami pastinya kecewa..pape pn kami memahami...


konklusinya
program nie memang bermanfaat untuk kami kerana ia mendedahkan kami dengan dunia kampus..insyaAllah..mudah2 kami nanti x terken shock culture...ameeenn....


terima kasih kepada pihak PERSATUAN PELAJAR ISLAM KELANTAN,ABIM BESUT DAN SKUAD ELIT kerana mengajurkan program yang bermanfaat ini...

Wednesday, January 26, 2011

betapa aku merinduiMu



Ya Allah
 betapa hatiku sangat merinduiMu
betapa aku sangat mendambakan ujianMu
betapa aku mengharapkan adanya pertemuan Kau dan aku

Ya Allah
hatiku cukup merinduimu
aku sangat merindui mahabbahMU
aku sangat mengharapkan moga aku sentiasa berada didalam 
kalangn umat yang KAU cintai
Ya Allah
 aku tidak layak untuk meminta sesuatu yang lebih dariMu
cukupla seandainya aku mohon keredhaanMu,mahabbahMu,kerinduanMu dan maghfirahMu
aku umatMu yang hina..
yang tidak pernah lekang daripada melakukan sebarang kesilapan
kesilapan yang aku sendiri menyedarinya mahupn tidak...
Ya Allah
aku sangat mensyukuri segala nikmat yang telah Kau kurniakan padaku
Kau kurniakan aku sahabat,keluarga dan cintaMu..
itulah sumber kebahagiaanku ya RABB..
Ya Allah
Kau telah kuatkan hatiku yang lemah ini
Kau telah kentalkan hati ini agar mengharungi segala dugaanMu 
dengan tabah..
aku sangat mensyukurinya ya RABB...

Ya Allah
ku jua bermohon padaMu
moga hatiku terus kau pelihara daripada terpesona dengan syurga dunia
yang sementara ini
dan
ku bermohon Kau peliharalah hati ini daripada tergugat kerna cinta yang x pasti
Kau peliharalah hatiku ini ya RABB...

Ya Allah
didalam hatiku ini
betapa aku mengharapkan aku boleyh bertemu denganMu
sakit yang berikan aku tahu ianya terbaik untukku
terbaik untuk menghapuskan segala dosa2 kecilku
aku sangat mengharapkan pertemuan dengan Mu ya RABB

Ya ALLAH..
ALLAH ALLAH ALLAH ALLAH
KEKASIHKU DUNIA WAL AKHIRAT
CINTA PERTAMAKU BUAT SELAMA LAMANYA..
AKU SANGAT MERINDUIMU YA RABB
UBATILAH KERINDUAN INI...
HANYA KAU YANGKU DAMBAKAN......

Friday, January 21, 2011

Tabarruj (bersolek)

bersolek adlh memperlihatkan kecantikan y d wajibkn tutp dripada pandangan ajnabi..
memperlihatkan kecantikan banat kepada rijal termasuk menampakkan  auratnya..

Abdul A'la al-Maududi mengatakan " kalimah tabarruj bila ditunjukkan kpd banat dalam 3 mksd

!-  memperlihatkan kecantikan wajah n bahagian y mmberangsangkan kpd ajnabi
2- mmperlihatkan kecantikan,pakaian n perhiasanny pd ajnabi
3- mmp'lihatkan diri smbil b'jalan berlenggang lenggok n menunjukkan gayanya pada ajnabi

HUKUM BERSOLEK

b'solek seperti 3 makna di atas adalah haram hukumnya menurut al quran,hadis dan ijmal para ulama'. ini kerana keseluruhan anggota badan banat adalah aurat kecuali wajah dan tapak tangan.. ajnabi baginya haram melihat rambutnya, tubuhnya dan juga perhiasannya..

ada  yang mendedahkan tubuh,bersolek,mempamerkan kecantikan dan perhiasan y kebanyakannya dilakukan oleyh banat hari ini xlen dan xbukan,ianya mendorong kepada maksiat. ini kerana kekurangan ilmu wanita itu sendiri dengan meniru pemakaian owg2 non-muslim y boleyh menimbulkan fitnah pada dirinya sendiri...

apabila seowg wanita itu keluar dengan memperlihatkan kepalanya (tanpa tudung kepala), mmperlihatkan tengkuk,dada serta mendedahkan betisnya,dye tergolong dalam kemungkaran besar y menyimpang daripada ketentuan syara'..

bg wanita2 y keluar rumah dengan berpakaian y memperlihatkan bahagian2 y memberangsangkan atau memakai pakaian yang nipis sehingga menampakkan susuk tubuhnya, kesemuanya itu tergolong dalam bersolek y diharamkan oleyh Allah dan RasulNya...

dosa2 besar y sering dlakukan oleyh wanita2 hari ini ialah keluarny mereka dari rumah dengan berhias dengan bermacam2 perhiasan, mamakai wangu-wangian, memperlihatkan bahagian yang mgghairahkan serta bergaul dengan lelaki. kesemuanya ini menjdai kemurkaan Allah S.W.T.  dan akan membawanya kpd keseksaan Allah S.W.T. yang amat pedih.

DALIL2 TENTANG HARAMNYA BERSOLEK 

Al quran dan al hadis keduanya merupakan sumber pokok untuk menentukan hukum syara'. didalam al quran dan al hadis terdapat larangan dan haramnya bersolek dan disertai pula ancaman seksa yang sangat pedih, ini kerana ia boleyh mendatangkan fitnah dan bahaya..

antara dalil2
   
" dan hendaklah kamu tetap diam di rumah kamu serta janganlah kamu mendedahkan diri seperti yang dilakukan oleyh orang jahiliah zaman dahulu."
                                                                                   -(al ahzab- 33:33)

maksud ayat ini adalah islam menganjurkan agar para wanita tetap di rumah ,tidak keluar tanpa ada hajat yang penting kerana yang demikian itu lebih baik baginya dan lebih terjamin daripada fitnah dan sebagainya...
sbda rasullah s.a.w
        " sesungguhnya wanita itu adalah aurat maka bila dye keluar dari rumah maka syaitan sentiasa menunggu nunggu.."
                                                                                                         (hadis riwayat at-tirmizi)

scara khususnya surah al ahzab ayat 33 dirujuk kpada para isteri nabi,tetapi scra umumnya d tujukan pl kpd semua kaum muslimat. ini kerana krna para isteri nabi adalah ibu semua owg mukmin,maka mereka yang menjadi panduan dan cntih yang terbek bagi kaum muslimat yang len sepanjang masa..

al qurthubi berkata :' walaupn ayat itu ditujukan kpd isteri2 nabi,wanita2 lain juga termasuk didalamnya walaupn tidak ada dalil y serupa y ditujukan kpd semua wanta. maka difahamkan bhwa btapa banyaknya peraturan2 dalam islam y memerintahkan agar kaum wanita hendak tetap tinggal di rumah dan tidak boley keluar melenkan perlu...

dalam sebuah kisah y diceritakna bahawa siti saudah isteri RASULLUH S.A.W. telah ditanya oleyh seowg ,: "mengapakah kamu tidak menunaikan haji atau umrah seperti saudara2mu..???"

maka berkatalah siti saudah : "saya telah menunaikan haji dan umrah,kemudian Allah memerintahkan saya diam di rumah.." perawi hadis berkata :" demia Allah dia(siti saudah) tidak pernah keluar rumah dari pintu biliknya sehinggalah jenazahnya dikeluarkan."

firman Allah
       " janganlah kamu mendedahkan diri seperti yang dilakukan oleyh org jahiliah zaman dahulu."
                                                                                 (al-ahzab-33:33)

maksudnya adalah wanita2 xboleyh terlalu sering keluar rumah dengan berhias diri dan memakai wangi wangian seperti kebiasaan owg jahiliah yang tidak berpengetahuan dan tidak beragama..

.

Wednesday, January 19, 2011

BICARA SOAL HATI

<



Sjak di bangku sekolah lagi ana sering di asak dengan satu soalan y cukup mudah 
   " kenapa terlalu sombong dengan rijal..??? nanti x laku baru tahu..."


pertanyaan inilah y sering di ulang2 sampai ana rasa lali dah nk jawab... x kisah pn lau xlaku sekalipn...
pertanyaan ini ditanya kerana stp kali rijal cuba datng nk tanya sesuatu mesti ana lari... knp nk tanya ana sedangkan msih ramai owg len y boleyh menjawab soklannya itu...???? 
if there's hv smbdy hv said that he lv me,Allah..!
serta merta ana rasa geli sehal, takut pastinya la.. adoyai....
soklan y sering diasak kepada ana sering kali ana jawab "xkisah kalau x laku"...he2


bukan niat ana untuk menjadi angkuh mahupn 'jual mahal' tapi ana xnak bermain dengan perasaan.
ana xnak hati ana dinodai kepalsuan cinta manusia y belum pasti akan menjadi imam ana mahupn x...


dengan izin Allah, satu malan nie ana xdapat untuk melelapkan mata.. rasa dah mengantuk tapi bila mata dipejamkan, mata saja tertutup tapi hati tetap lagi celik...
oleyh kerana ana tahu y ana xkan tido dalam keadaan ana begitu, ana bukaqkan mata walaupn keadaan bilik gelap y pekat... berada dalam kegelapan malam y pekat dengan mata y masa terbuka membuatka hati ana terdetik untuk muhasabahkan diri n pikir balik kenapa ana jadi 'keras' ngan rijal...


lebih sejam ana berfikir...
Allahurabbi.....!
finally i got the answer why i must be like this...
rasanya ana ingin menangis tanda betapa ana bersyukur kerana Dia telah memelihara hati ini...


Allahurabbi...!
ana begini selepas ana hafaz quran.. pemahaman daripada surah annur itu cukup mendalam dan meresap ke dalam kalbu...
pemahaman surah annur itulah yang telah memagari hati ana daripada cuba mencintai rijal..


Allahurabbi...!
hati ana cukup tenang dikala ini...
malah semakin tenang selepas ana bermuhasabah..
ana bersyukur kerana ana xpernah berkongsi cinta ini dengan rijal yang xpasti lagi sama ada benar atau x jodohnya dengan ana...


cinta di hati ini bukanlah untuk yang xpasti, bukan juga untuk dipermainkan. cinta ini terlalu tinggi nilainya.. kerana cinta ini sepenuhnya milik Dia & kekasihNya....
semasa bermuhasabah, i ask myself kenapa Allah keraskan hati ana daripada termakan dengan pujuk rayu rijal, kenapa keegoan yang tinggi menjadi benteng kepada ana daripada memberi ruang kepada rijal agar mendekati..
kenapa seandainya ada rijal melafazkan 'cinta' ana rasa geli,rasa benci, n rasa xnk tengok dah rijal tu...
rupa2nya Allah ingin pelihara hati ana daripada kepalsuan cinta yang x pasti..
ana x rasa yang datang melafazkan itu ikhlas dengan ana... sebaliknya hadirnya mereka itu seolah2 cuba untuk menodai hati ini...
ruangan di hati ana selepas Allah dan rasul hanya untuk yang berhak mendapatkannnya jew.. yang melabuhkan cinta di hatinya sepenuhnya kepada Allah & rasulNya...
cinta ini juga xkan ana lahirkan pada mana2 rijal waima seandainya rijal itu menjdai tunangan ana sekalipn..
ana xkan pernah melahirkannya...
tunganan x semestinya akan jadi dengannya kan... so daripada kecewa,terluka x tentu pasal, bek tutup dulu pintu hati daripada cuba untuk mengasihi dye...hanya dengan lafaz sakinah 'aku terima nikahnya' sahaja yang mampu melahirkan perasaan ini... 
seandainya lafaz sakinah sudah terlafaz daripada bibirnya, maknanya lafaz itu lahir bersama cinta yang mula mekar di hati ana... biarlah dye yang sah sahaja yang merasmikan takhta selepas Dia & rasul di hati ana,...


sejujurnya juga ana bukanla memilih.. tidak memandang rupa,tidak juga memandang harta tapi sudah cukup bagi ana seandainya dia boleh menjadi imam untuk setiap solat ana, bertadarus setiap malam bersama ana, boleyh bangun untuk berqiam setiap kali ana kejutkan untuk qiam, boleyh menerima bk dan buruk ana serta boleyh memahami ana... 
itu sudah cukup...
harta boleyh dicari tapi suatu kebahagiaan itu hanya akan datang dari rahmatNya...


inilah bicara hati ana soal hati dan perasaan.. dan inilah jawpannya kenapa ana begini...


bukan ana menolak dan tidak juga ana menerima...
tetapi ana xmahu cinta ini 'ter' bagi kepada yang salah,yang xberhak mendapatkannya...
seandainya benar rijal itu suka akan ana,ikhlas terhadap ana,
bertemulah mama dan abah...
bukan dengan datang kepada ana dan melafazkan 'cinta' dan bila ana buat xlayan kuarkan ayat redha..
bukan itu maksud ana...
kalau suka, bertemula mama dan abah, seandainya tidak berani maknanya anda x bersedia untuk memikul tanggungjawab dan jika belum bersedia, kenapa mesti melafazkan cinta.,..????
atau adakah kerana anda ingin merasai bagaimana rasanya merindui kemurkaan iaitu ajnabiyah bagi anda...??


dengarilah seandainya ana anda miliki, percayalah yang anda xkan bahagia juga kerana anda miliki ana tanpa ikatan yang sah.. sia2 jew segala usha anda curahkan atas jalan maksiat.. ianya hanya mengurangkan keberkatan hidup anda sahaja...


ana tegaskan jua, yang ana xkan pernah percaya dengan kata2 manis yang anda lafazkan pada ana seandainya anda bukan yang sah bagi ana... semua itu ana tolak jauh dari hati ana sejak awal lagi dan yang ana nantikan adalah janji daripada insan yang sah menjadi suami ana.. insan yang akan memimpin tangan ana untuk terus berjlan di atas jalan yang Dia redhai dan rahmati...


Allahurabbi.....!
ana berharap agar hati terus terpelihara sehingga ana menjadi seowg zaujah kepada seowg putara Allah...



Monday, January 17, 2011

Perpisahan selamanya

sewaktu ana di maahad,ana ada seorg sahabat y begitu akrab sekali dengan ana..
sahabat y boleyh diibaratkan sebagai kembar... persahabatan kami rapat sangat2.. xada apa y mampu menggoncang ukhuwah y terjalin antara kami... namun seakhrab mana pown kami,badai perselisihan faham tetap akan terjadi diantara kami.. itulah asam garam dalam persahabatan... tapi mungkin memng sejak dari kecil lagi beginilah sfat ana mama cakap... terlalu mudah untuk mengalah... terlalu mudah untuk mempercayai dan terlalu mudah untuk memaafi sampaikan kekadang ada y cuba mengambil kesempatn...


dan kerana kelembutan hati itulah perselisihan faham y terjadi diantara kami dapat dirungkai daripada berpanjangan... owg kata jadi anak y paling kecik dalam kuarge itu best... hurm.. so gratefull to Allah... smtyme it is true...ta[i kadang2 susah jugak sebab takut x pandai untuk berdikari.. tapi syukur pd Allah kerana walidan mengajar ana untuk berdikari dengan bersekolah jauh dari kuarge.. berkat berjauhan ini ana kenal erti kehidupan...susah senang tanpa kuarga di cc...

kerana itu jugak ana lebih berdikari daripada shbat bek ana.. shabat bek ana itu juga anak bgsu... dye sangat manja terutama dengan ummi n walid dye.. dan dye juga manja dengan ana...dari hari ke hari,persahabatan kami makin akhrab sampaikan asatizah dan rakan2 tegur y kami kelihatan macam kembar... y kami balas hanya senyuman y penuh makna kerna kami memang saling mencintai... normalkan seandainya kita mencintai shabat2 kita.. seandainya ana sakit,dye turut rasa ketidakselesaan tu malah kadang2 dye jugak akan turut sakit...

di maahad ana x nafikan y ana kerap sakit2... pengsan selalu pastinya... kadang2 sayu ana tengok sahabat ana itu menjaga ana.. betapa tulus dye menyayangi ana sehinggakan kalau ana xchat dye sanggup berjaga untuk pastikan asma ana tidak menyerang...

taon 2009... taon y sangat mninggalkan tamparan hebat pada ana apabila ana harus menerima kenyataan y ana telah kehilangan arwah puteri noratul balqis iaitu sahabat bek ana y ana ceritakan tadi... sungguh menyentuh hati cara arwah lembali kerahmatullah... sehari sebelum arwah pergi, arwah menginap di rumah ana... katanya rindu sangat pada ana... maklumla masa tu cuti akhir taon... ana pelik ketika dini ari, slalunya ana y akan kejutkan arwah untuk berqiam tapi sebek saja ana tersedar dari tido y lena, telinga ana dapat mengkap satu tangisan keinsafan.. ana cuba membuka sedikit mata ana untuk melihat dalam diam. ana dapat lihat y arwah sedang menngis sambil mengadap Allah.. arwah bagaikan dpat merasakn y dye akan pergi...

keesokannya sebelum arwah balik ke rumahnya, arwah nampak keberatan untuk berpisah dengan ana.. arwah menangis.. ana dapat rasakan y jilbab ana basah kerana airmata arwah.. ana jadi x keruan.. arwah x pernah begini... arwah mencium kedua belah pipi ana perlahan2.. bagaikan ciuman itu adalah y terakhir darinya... arwah memberi pandangan y cukup sayu pada ana.. pandangan y ana sendr tidak tahu bgaimana ingin mentfsirnya..

sampaila malam itu ana dapat pggilan daripada abg arwah y arwah dimasukkan kew icu n dalam keadaan tenat kerana telah terlibat dalam kemalangan....
Allahurabbi....
berita apakah ini....
ana rasa bagaikan ada batu besar y menghempak kepala ana di saat ana mendengar berita tu... airmata ana x dapat ana tahankan lagi.. ana nangis puas2 n berdoa moga arwah selamat... ana kumpul kekuatan untuk memberitahu 2 owg lagi sahabat y bek dengan arwah..
subhanallah...
x ana duga y tanpa pengetahuan ana arwah telah berpesan kepada 2 insan itu agar menjadi teman ana di saat ana suka dan duka..
menjadi penawar kepada setiap kedukaan ana....
arwah berpesan kepada seowg rijal agar menjaga ana...
dan rijal itu sangat bermakna dalam hidup arwah...
Allahurabbi

jam mghampiri pukul 9 malam sekali lagi abg arwah memberitahu ana y arwah ingin sangat bertemu dengan ana sebelum matanya terpejam..
ana rasa terpukul dengan kata2 tuh...
kenapa mesti kata begitu sedangkan masih boleyh berusaha dan berikhtiar untuk pulihkan dye...
ana x pkr apa2 masa tuh y ana pkir hanya arwah...
ingin bertemu arwah..

Allahuakhbar..,..!

jam11.45 malam arwah pergi buat selama lamanya...
dengan 1 kalimah y suci terlafaz dari bibirnya, arwah telah pergi buat selama lamanya..
pergi dengan keadaan bihusnul khatimah...
pergi dengan penuh ketengan dengan jenzahnya kekal tersenyum walaupown jasadnya tiada bernyawa lagi...
setaon peristiwa tu berlaku tapi semuanya masih segar dalam ingatanku...


sahabat sepertinya sukar dicari ganti dan sememangnya tdak akan ada gantinya...

ALFATIHAH buat allahyarhamah puteri noratul balqis....

IMPIAN DAN HARAPAN

23:56