CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Tuesday, February 22, 2011

diriku dirisik orang

untuk perkongsian dengan teman2 seperjuangan...

beberapa minggu yang lalu disaat ana sedang menjaga anak saudara ana yang sulong didalam keluarga kami,umah ana didatangi beberapa buah kereta yang x kami tahu apa tujuannya...(gambar sebelah hanya perhiasan) seandainya ia saudara mara kami,kami memang mengenali kenderaan mereka.. tapi kali ini kami x tahu dan x mengenalinya kerana ia bagaikan asing bagi kami... abah melihat ke arah ana.. ana faham.. abah nak ana masuk dalam bait.. abah pun nampak sedikit terkejut.. mama pulak tergopoh gopoh cari tudung untuk menutupi kepalanya... ana bawa anak saudara ana ke bilik ana.. menjaganya didalam.. ana bagaikan ter tanya2 apa yang berlaku sampai kereta banyak yang masuk kew perkarangan umah.. tetap didalam kamar membuatkan ana semakin keliru dan tertanya tanya... ana decide untuk kuar dari bilik dan duduk dekat dengan ruang tamu dengan bertemankan anak saudara tersayang yang sudah pun menginjak usia 4 bulan.. kedudukan ana agak terlindung daripada pandangan orang tapi setiap bait bicara mereka dapat ana tangkap dengan jelas...

anak saudara ana mula menunjukkan tanda2 untuk lena.. membaringkan si kecil atas ribaan sambil menepuk2 perlahan dengan diulik alunan zikrullah terus ke telinganya membuatkan dye terus terlena tanpa banyak ragam.. ana terus menelinga.. 
ana dapat menangkap dengan jelas ayat nie

"tujuan kami nak sunting mawar yang dijaga rapi dalam simpanan cik"

wah..bermadah pujangga pulak... ayat tu membuatkan ana agak terkejut...tapi ana masih tenang kerana mawar dalam simpanan abah ada dua.. belum tentu lagi ana orangnya...

"kalau boleyh tahu  mawar yang mn..??? yang adik atau kakak,..??"

Allahurabbi..boleyh pulaq abah main tarik tali dengan mereka... jantung ana mula berdegup kencang apabila abah bertanya begitu pada mereka... rombongan yang datang memberi kegusaran pada diri ana...

"kalau di izinkan kami ingin menyunting mawar yang berpurdah"  

ana bagaikan terjeda seketika..terkejut bukan kepalang.. Allah... biar betul diriku di khitbah se awal ini....???
dalam hati ana,ana berdoa sangat2 moga abah minx waktu.. jangan di beri kata putus lagi.. tanyala diri ana dahulu.. itu yang ana harapkan masa tu... ana fikirkan ana terlalu muda untuk diikat.. dan ana mula terfikir xkan ana pun terkene 'badi' kawan2 yang dah ramai bertunang sebaik sahaja SPM berakhir..???
Allahurabbi... Alhamdulillah... abah minx waktu dengan dowg...
mereka memberi tempoh waktu selama 4 hari untuk memutuskan... kalau setuju,nak percepatkan pertunangan then nikah secepatnya sebelum anak terunanya berlepas kew damsyik..
"dapat smbg ke damsyik kew..?? anak saya nanti macm mn kalau dye jadi nikah dengan ank awk,sedangkan anak saya,saya nk dye bljar dalam negara jew.."

abah kedengarannya agak terkejut.. tapi ayat abah benar2 membuatkan ana tahu yang abah x menginginkan ana menyambung pelajaran agak jauh..didalam negara itu sudah cukup...

"xkisahla sowg kew damsyik dan sowg dalam mesia,yang penting nikah.. pandaila dowg nie uruskan macam mana nanti..."


jawapan di pihak lelaki... wah3.. nie nak bagi kebahagiaan atau nak bagi penderitaan nie..???
bercinta selepas nikah owg cakap cukup indah.. bila terpisah untuk sesaat pasti kerinduan mula bertandang.. sesaat dah rindu,lau ber-taon2 apa laq jadinya nanti..???
mak cik,pak cik,janganla fikir yang tu jew.. fikirla kebahagian mawar berduri nie jugak... ana xnk di tinggalkan sendirian dalam tempoh waktu yang lama.. kalau di tinggalkan,sape yang akan melindungi diri ini..?? sape yang akan mengubati ketakutan di hati ini..??? fikirla yang tu jugak mak cik,pak cik... rasanya nak ajew cakap secara terus,tapi apakan daya ana.. ana xkan keluar... keluhan tu hanya terbit dari hati sahaja bukan terlafaz di bibir secara nyata..
Allahurabbi...

Abah memang sangat mengenali anaknya.. abah minx waktu.. dan mereka mengizinkan.. hari yang mereka akan datang untuk menutut jawapan yang pasti dengan ana sama ada "terima" atau "tolak" ,dye akan bawak anak terunanya sama untuk di pertemukan dengan ana..

sebaik rombongan pulang,abah memanggil ana.. dan bagitahu apa yang dah terjadi.. ana saudara yang lena didalam pangkuan, ana letak ia perlahan di atas sofa sementara kakinya masih di ribaan.. hanya melihat wajah yang bersih tanpa terpalit sebarang dosa itu sahaja yang mampu menenangkan diri ana saat itu.. ana melepaskan purdah dan tarik nafas sedalamnya,cuba mencari kekuatan untuk bertanya abah dan mama yang seperti agak terkejut dan sedih...

"apa pandangan abh ngan ma..??? abh nk terima kew risikan nie..??"

"abh dopleyh nak kata ap masa nie.. abah xtahu dye hafaz kew dop..abh dop dan nak tanya sbb abh terkejut sangat nie.. "

mama memilih untuk mendiamkan diri...

"abah,ma, orang letak seratus peratus kptsn di tangan ma ng aboh.. lau ma ngan aboh terima,orang akan terima mungkin ada hikmahnya nanti.."

"ank bgsu abh satu2 nya yang hafaz, anak y sangat abah jaga,anak yang sangat abah kawal, ssh abh nk kata.. kalau boleyh,biarla anak bgsu aboh nie dapat pemimpin yang hafaz jugak.. aboh x yakin budaq(lelaki tu) tu hafaz macam ank abh.. abh ada tengok gmbar dye.. abh rasa macam x berkenang jew.."

"ma pn dopleyh nop kate nape.. nie msa depan anak ma sndiri.. biarla anak ma sndiri yang putuskan nak yang mana... anak ma ada hak nak tentukan sendiri.. bukan ma ngan abah yang nak kawin tapi nie anak bgsu ma.. putusla sendiri terima atau tolak.. buat isthikharah.."

nielah sedikit sebanyak pembincangan kami pada masa tu...   
lepas berbincang ana memutuskan untuk masuk kew bilik dan berfikir... ntah mengapa,instict ana dari awal lagi rasa ada something wrong jew ngan rijal yang khitbah ana nie.. tapi ana cuba untuk berfikiran positif.. kata asatizah,kita xboleyh berpandangan negetif dengan orang sebab nanti Allah akan balas pada kita pulaq dengan orang lain pulak yang berfikiran negatif pada kita... lepas rombongan tu balik,ana betul2 keliru,gelisah.. xsenang duduk n ntah apa2 lagi.. berbncang dengan kakak,kakak pulak asyik nak bergurau... adoyai.. 

pada malamnya, selepas solat,mengulang hafalan dan solat hajat.. ana mohon sangat2 moga tunjuk pada ana apa yang terbaik bagi ana dan masa depan ana... sebelum ana masuk ke alam mimpi, ana membuat solat istikharah.. moga2 dapat gambaran sapekah putera Allah yang akan menjadi sayap kanan ana nanti...


Allahurabbi.. syukrillah jiddan... malam tu ana betul2 dapat gambarannya.. gambaran tu membuatkan hati ana tenang.. dah xde kegusaran dan kekeliruan.. gambaran yang ana dapat masih orang yang sama seperti yang ana dapat sebelum nie.. ini bermakna,risikan tu perlu di tolak.. tapi ana xnak ter-buru2 membuat keputusan.. 
petangnya, sewaktu ana dan mama sedang memasak makanan untuk dimakan waktu malam,ana cuba pancing minat mama untuk berbincang tentang risikan tu...

"ma, apa pandangan ma yang sebenarnya dengan risikan tu..?? ma rasa orang patut terima tau tolak..???"

mama mendiamkan diri... tapi dapat ana tangkap kemurungan pada wajah tenangnya.. mama macam sedih jew.. ana nak melafazkan kata2 nie,p ia bagaikan tersekat di kerongkong...adoyai.. hati ana mula di serbu rasa bersalah kerana buat mama jadi sedih dengan soalan tu...  
tapi selepas mama lama berdiam,mama mula memberi respon dengan persoalan ana..

"bakpe(knp) ..???.."



"nop(nk) pendapat ma yang sebetulnya..ma lebih tahu dari orang.."

ana memang sangat suker bermain tarik tali dengan orang..nak2 keluarge sendiri..he2

"ma dopleyh nak katala che su..che su fikirla sendiri.. nie masa depan che su..:"

nada suara mama dapat ana tangkap dengan jelas... sedih..!
nie pertama kali ana lihat dengan jelas wajah mama yang sedang bersedih.. Allahurabbi...
ana bertimpuh didepan mama... tangan mama ana raih dan menggegam erat.. ana tengok wajah tenang mama yang mula berombak mendung..

"ma,orang dah buat istikharah..orang dah dapat jawapannya..tapi orang mboh(xnk) yakin sangat.. nak tengok pulop(pulak) malam nie gane(macam mane).."

"apa jawapan che su..??"

mama mula menunjukkan minat ...!he2..tersenyum ana dibuatnya.. Alhamdulillah.. dapat pancing minat mama...

"kemungkinan besar orang tolak..orang dop(tak) rasa yang mari risik tu lelaki yang orang dapat gambaran tu.. mungkin macam yang aboh nak..penghafaz jugak..insyaAllah..."

positive responed..! mama tersenyum.. jelas kelegaan pada wajah tenang mama...

"bagusla kalau gitu(camtu) gak..awal sangat kalau che su nak nikah..result pekse dop tahu lagi..tunggula masuk U dulu.. tahu arh tuju kemana ekgih(nanti) ma bagila kata pelepasan gane.. biarla tahu ke mana nak gi dulu... "

xde apa yang dapat ana jawab melainkan hanya tersenyum.. puas..! 





mama,che su sayang sangat dengan ma..! dunia akhirat,xde apa yang mampu tandingi betapa cintanya che su dengan ma...


tangan mama ku kucup mesra... moga rasa cinta ana terhadapnya dapat dialirkan melalui gengaman tangan  dan ciuman tu...^_^


hari ketiga selepas ari risikan tu,rombongan tu datang.. wah.. nie dah dikira mungkir janji..cakap emoat hari,tapi baru 3 hari dah datang untuk menuntut jawapan yang pasti...
paginya mereka call mama cakap nak datang lepas asar..
sebaik jew mama khabarkan pada ana,ana xtahu kenpa jantung ana mula berdegup kencang..

Allahurabbi.. tenangkanla hati hambaMu ini...
ana menanti penuh sabar..

waktu asar yang dinantikan telah pun tiba akhirnya...
pada awalnya ana hanya duduk di dapur.. berdebar bukan kemain.. menunggu waktu untuk mama panggil mengadap rombongan untuk menyampaikan sendiri keputusan..

bila suara mama kedengaran,mak ai.. kelam kabut jadinya.. habis air atas meja tertepis dengan tangan,kaki laq tersepak kaki meja.. Allah..! sakit betul.. melompat2 jadinya menahan sakit.. berdebar punyer pasal..adoyai..

dengan langkah sebagai seorang habib,ana berjalan per-lahan2(kebiasaan memang laju..he2..xxuker lambat2..) bermula dengan bersalaman dengan ahli keluarganya dye dan berakhir dengan umminya.. umminya mengenggam kemas tangan ana dan mencium ke-dua2 belah pipi ana yang tersembunyi disebalik purdah hijau pucuk..
ana mengambil tempat di sebelah mama.. ana cuba mencari yang mana satu rijal yang ingin di satukan dengan ana.. mama ana mencuit lengan ana dan tunjuk yang mana satu... Allah..!
memang patut ana punyer kata hati kata x dari awal lagi.. apa x nya.. dye kekasih kawan ana.. malah masih bercinta sehingga detik dye khitbah ana.. masakan ana ingin menikam sahabat ana sendiri.. xkan..! xkan pernah sesekali.. ana xdilahirkan atas dunia ni untuk menyakiti orang dan mengkhianati orang.. mama dan abah x ajar semua tu.. mama dn abah ajar ana agar menghargai orang...!

bila pihak lelaki minta ana untuk melepaskan purdah agar wajah ana diperlihatkan pada mereka,ana membantah keras.. ana xnak bukaq.. secara terus ana cakap yang anak tolak..!
tanpa lengahkan masa yang ada, ana terus bersoal jawab dengan rijal tu...
 nie butir bicara yang an masih ingat apa yang ana dan dye bersoal jawab..

"kenapa ustaz pilih ana sebagai calon..??"

"ana nak isteri yang terpelihara.."

sedikir terjeda masa nie.. terkejut dengan jawpan dye..

"tapi bukankah calon ustaz sahabiah ana..???"

"ana nak zaujah yang hatinya terpelihara daripada dinodai.. hati seperti sahabat anti bersepah2 di mana2 jew.. nak yang macam tu,senyum jew mesti cair.."

nie dah kira menghina nie.. berdesing rasanya telingar ana masa tu.. nak ajew ana ketuk2 kepala rijal nie... wah3.. sesedeap rasa jew dye mengutuk nisa'.. nisa' tu padahalnya dye sendiri yang nodainya..

"layakkah ustaz untuk menjadi imam ana..?? ustaz seorang yang pengecut kerana hanya tahu menodai hati seorang nisa' tapi xnak bertanggungjawab dengan mengambilnya sebagai yang halal bagi ustaz.. ustaz inginkan seorang nisa' yang hatinya terpelihara daripada dinodai tapi ustaz sendiri yang menodai hati seorang nisa'.. ustaz mesti ingat surah annur ayat 26 sesungguhnya perempuan2 penzina itu pasangannya adalah lelaki2 penzina dan perempuan2 beriman itu pasangannya jugak lelaki2 beriman.. ustaz sepatutnya khitbah sahabat ana bukan ana..ustaz boleyh buat ana dengan shabt ana bermasam muka.. abah ana lebih menginginkan ana di jaga oleyh seorang huffaz.. harap ustaz faham.,,! "




kata2 ana telah membuatkan semua yang ada mendiamkan diri.. si kecil yang berusia 4 bulan pun senyap melihat che su dye bersuara.. pertama dalam hidup,bersuara agak kuat dan 'menyembur' orang.. mungkin ada dalam bicara ana,kedengarannya ana agak angkuh.. tapi ana harus bertegas.. memang pada dasarnya semua orang cakap ana lembut,tapi jangan diingat dalam lembut tiada ketegasan.. pastinya ada cuma bukan kene pada waktunya untuk ana bertegas..!

selepas menamatkan soal jawab dengan si anak,ana tahu tanggungjawab ana.. ana perlu meminta maaf dengan ummi dan abinya.. ana bangkit dari bertimpuh,berjalan mendekati ummi dan abinya.. tangan umminya ana genggam.. mata umminya ana tatap dengan penuh kasih sebagai sorang anak yang menatap ibu kandungnya, ana menuturkan kata maaf.. tangan umminya ana genggam erat agar umminya tahu ana bukan terpaksa untuk meminta maaf tapi kerana Allah..!

x ana sangka..ana ingatkan si ummi akan marah,tapi x.. si ummi sebaliknya tersenyum kepada ana dan memegang ke-dua2 belah pipi ana dengan lembut.. dye kata ana betul..dye kata ana berani..he2..percubaan pertama..adoyai..

sewaktu rombongan nak balik,tangan umminya menggenggam erat tangan ana... sebelum berpisah sekali lagi ana dipeluk dan dicium.. si ummi sempat berkata "semoga dapat pendamping yang terbaik untuk membahagiakan dan melindungi.."
xde apa yang dapat ana katakan selain tersenyum.. waima senyuman ana di sebalik purdah,ana yakin seandainya senyuman itu ikhlas akan terlahirnya pada mata ana.. dan ana sempat melihat ke arah rijal tu.. nampak macam xpuas hati.. up to u..! yang penting ana buat apa yang patut ana buat...

moral of the value in this posted..
jangan mengharapkan yang sempurna seandainya diri masih belum sempurna.. jangan menodai hati seorang nisa' seandainya menginginkan seorang isteri yang terpelihara... semuanya Allah dah tentukan.. bagaimana tingkah kita dan peribadi kita,begitulah yang akan kita dapat nanti....

renung2kanla... 
    

   

3 comments:

  1. assalamualaikum wbt.
    semoga Allah beri yang terbaik untuk akak. ameen Allahumma ameen.

    -salamsayang-

    ReplyDelete
  2. wassalam.. insyaAllah sayang.. akaq tahu Allah memang 'menghadirkan' yang ingin menodai hati akaq dan yang x sepatutnya supaya akaq tahu yang mata satu kaca dan yang mana satu permata.. memberi akaq pengalaman agar akaq x tersalah menerima nanti.. setakat nie,akaq dah boleyh menilai bagaimanakah golongan yang lagi satu nie.. memang banyak ragamnya yang boleyh membuatkan hati kita keliru.. doakan akaq semoga di tetapkan hati ye sayang...^_^

    ReplyDelete
  3. Salam.. sy baru saja pergi merisik sorang gadis dan bercadang untuk bertunang dengannya.. gadis ni diperkenalkan oleh tok guru al-quran sy.. parent sy n parent pihak perempuan dah berstuju.. tok guru sy pulak sgt2 berharap sy diikatkan dengan gadis itu.. tetapi tuan badan masih lagi berdiam diri.. sedikit nasihat sy perlukan .. apa yg patut sy bt?

    ReplyDelete

IMPIAN DAN HARAPAN

23:56