CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Monday, March 7, 2011

muslimah berniqab

salamualaikum pembuka bicara
ucapan bismillahirahmanirahim sebagai permulaan wadah..


PENGALAMAN DIRI BERNIQAB

kali nie ana cukup terpanggil untuk berkongsi dengan sahabiah sekalian tentang pengalaman ana berpurdah dan jugak berkenaan dengan purdah...

sekarang umur ana sudah pun semakin menginjak ke usia 18 tahun(5 nov nanti genaplah 18 tahun).. bila di hitung punyer hitung lebih kurang 2 tahun dah ana hidup sebagai muslimah berpurdah... bukan nak riak tetapi ini sekadar perkongsian... ana sendiri pun x sangka yang ana akan berpurdah seperti sekarang.. hidayah dari Allah.. insyaAllah... pada awalnya ana x pernah terdetik pun ingin berpurdah lantaran didalam keluarga xde seorang pun yang berpurdah waima mak2 sdare yang beberapa orang turut bergelar Al-Hafizah.. didalam ahli keluarga sendiri yang terdiri dari mama, dan kakak2 pun xde sorang yang berpurdah n only me that user the large jilbab... jadi pada awalnya just wanna istiqamah it.. p ntahla... mungkin lepas khatam hafalan quran,ana hayati balik bait2 ayat ILAHI yang terkandung didalam kitabnya..

"dan berkatalah kepada perempuan2 yang beriman itu supaya menyekat pandangan mereka(daripada yang diharamkan) dan memelihara kehormatan mereka: dan janganlah mereka menzahirkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya: dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka,atau bapa mereka,atau bapa mertua mereka,atau anak2 mereka,atau anak2 tiri mereka,atau saudara2 mereka atau anak bagi saudara mereka yang lelaki atau bagi anak saudara mereka bagi yang perempuan,atau perempuan2 islam, atau hamba2 mereka,atau orang gaji dari orang lelaki yang telah tua dan tidak mempunyai keinginan terhadap perempuan,atau kanak2 yang belum mengerti apa itu aurat perempuan,dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka,dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah,wahai orang yang beriman semoga kamu berjaya"

                                                                                                               (an-Nur{24};31)

" dan apabila kamu meminta sesuatu yang harus diminta dengan isteri2 nabi,maka mintala dengan mereka di sebalik tabir"

                                                                                                             (al-Ahzab[33]:53)
 
ana merenung kembali peristiwa demi peristiwa yang pernah terjadi dalam hidup ana yang xkan pernah ana lupakan sampai bila2.. di ingat2 kembali pesan2 asatizah "humaira seeloknya anti berpurdah.."  sebelum tu.. ana ingin menghuraikan dekat maahad ana memang dikenali dengan nama humaira tau hazirah.. asatizah yang memberi ke dua2 nama nie kepada ana walhalnya nama asal ana memang jauh lari daripada yang diberi.. kata asatizah,nama asal ana membawa maksud yang agak 'berat' dan x sesuai untuk muslimah yang berpewatakan seperti ana.. sejauh mana kebenarannya,ana sendiri pun xtahu.. ok kembali pada cerita tadi ye..

bila direnung dan difikirkan kembali,di muhasabah lama2,hati ana mula terdetik "kenapa x aku berpurdah..??bukan ke pakaian sunnah isteri2 nabi..??" lepas ana terdetik macam tu,ana decide nak cakap dekat ustazah yang banyak menyokong ana yang ana bersetuju dengan cadangannya untuk berpurdah... lepas ana bagitahu dekat ustazah,bila bersendirian ana terfikir pula macam mana ana nak buat ayat nie nak bagitahu dekat mama.. khuatir juga takut2 mama x bersetuju memandangkan sekarang nie dah terlalu jarang dah muslimah yang mengenakan purdah.. fikir punyer fikir,bila buat musyawarah dengan mama memang berdebar sangat2 sebab dalam hati nie macam dapat mengagak jew yang mama xkan bagi.. masa tu mama duk relaks2 jew sambil2 baca akhbar(seingat anala) rasanya masa tu memang x senang duduk.. cuba mencari kekuatan untuk bagitahu mama tentang keinginan untuk berpurdah... ayat pertama yang kuar seingat anala 

"ma,ustazah sarankan orang pakai purdah.."  


masa tu dah mula rasa berdebar dah bila mama dah mula angkat wajah dye.. takut sangat masa tu.. adoyai... memang seperti yang di jangkakan ana masih ingat lagi jawapan mama masa pertama kali ana menyatakan keinginan ana untuk berniqab.


"dop payohla.. zaman skarang xdop doh yang paka(pakai) purdah.. kalau che su paka,dalam 4 buah kg tepi2 pata(pantai) nie,che su sorangla hok pakanya.. dohla yang pakai jilbab labuh dalam kg nie pun che su jew.. dop(tak) rasa pelik kew.. che su dop rasa malu kew kalau sorng2 jew hok(yang) paka bende tu..??"

ayat nie lengkap xde ubah2.. memang macam nie yang mama cakap masa tu.. adoyai.. xboleyh lupa lagi.. memang agak kecewala masa tu.. takut jugak nak pujuk lagi sebab mama bila dye dah kata A,maka A la jawapannya... xde bantah2 dah..                                                                                                           

ana masa tu dah nekad memang ingin berpurdah dah.. ana doa tiap masa pada ILAHI moga Dia permudahkan jalan ana untuk berniqab...  lama jugak ana berikhtiar nak cari jalan untuk lembutkan hati mama.. ana memang dah serik dah nak pamer wajah sesuka hati dekat umum.. dah xnak dah ia menjadi tatapan umum..! ana xsuker sangat2.. lama berikhtiar,Allah memanjangkan 'akal' ana..he3... jeng3.. mungkin ada hikmahnya... setiap kali buat jilbab,mama akan beli kain lerang 60 sepanjang 2 meter.. walhal untk buat jilbab hanya semeter setengah je... Alhamdulillah.. berkat ilmu menjahit yang x seberapa nie,lebihan kain jilbab yang ada ana ambik secara senyap2 daripada simpanan mama.. bila ana bangun untuk bertahajud,ngulang hafalan n study,sedikit waktu lebihan yang ada ana guna untuk untuk jahit purdah tu sendiri...! bayangla betapa nekadnya ana masa tu.. adoyai.. memang benar kata asatizah, muslimah seperti ana mempunyai nekad yang cukup kuat.. seandainya inginkan sesuatu,ana akan cuba sedaya upaya ana untuk mencapai apa yang ana ingini.. bila direnung nakal jugak ana nie...^_^

memang banyak jugakla cabarannya.. dahla ana memang x pandai menjahit tapi ok gak.. cantik gak purdah buatan tangan sendiri..he3... memang tangan rasanya banyak kali jugak berdarah sebab tercucuk jarum kerana kecuaian diri sendiri.. al maklum mata empat..terkadang memang x dapat lihat dengan jelas.. nak2 memang rasanya mata nie rabun malam.. bila gelap sikit mula ter raba2... P/S- xmakan sebarang sayur dan buah inilah akibatnya...

ana pernah try pakai purdah tu n ambik gambar then tunjuk dekat mama n tanya mama "percaya x anak ma pakai purdah.." .. mama just tersengih n eleng.. haiyayaya.. x percaya...! last2 masa mama n abah ajak keluar,ana ambik kesempatan nie nak tunjuk dekat mama dan abah kesungguhan ana untuk berpurdah.. berdoa sangat moga Allah lembutkan hati mereka untuk membenarkan ana berpurdah.. bila mama panggil n said that dah nak bertolak,ana cepat2 keluar dengan keadaan ana berpurdah.. mama n abah tengok penampilan ana.. mereka nampak terjeda.. mama n abah tengok ana dari atas sampai bawah... adoyai.. then dowg saling tengok sesama sendiri.. soklan pertama abah msa tu "che su betul nak berpurdah nie..??" 


ana just angguk masa tu.. x berani tengok wajah abah yang sememangny nampak garang dari luar p dalaman dye cukup lembut sebetulnya...  ana xtahu nak cakap apa masa tu just doa moga Allah beri keizinan.. Alhamdulillah.. x ana duga yang mama dan abah membiarkan ana berniqab..! cuma mama dan abah risau ana nak makan macam mana kalau makan kat kedai..??? sebab ana x pernah lagi try makan dalam keadaan berniqab.. nak seribu daya x hendk seribu dalihkan... waktu makan kat kedai memang ana akan elak daripada makan makanan yang basah2 sebaliknya ana lebih gemat order makanan2 yang kering macam nasi goreng or so on... nak minum laq x susah.. juz user the straw.. masukkan straw tu kebawah purdah n minum...! 


akhirnya,mama dan abah memberi restu kepada ana untuk ana berhijab... ya Allah..! syukur sangat2 masa tu.. sukar sangat nak di ungkapkan dengan kata2.. perjuangan demi perjuangan untuk menggunakan hijab akhirnya Allah permudahkan... selepas dari tu,bila mama nak buat jilbab,mesti mama akan buat niqab jugak^_^

DUGAAN MUSLIMAH BERHIJAB

jangan diingat menjadi muslimah berniqab itu mudah... nak cakap,nak berubah itu tersangatla senang dan mudah sekali,lau nak pakai jilbab labuh kew purdah kew, pakai jew...tapi kene ingat,nak istiqamah dan kekalkan tu memang tersangatla susah.. bermula ana sebagai muslimah berpurdah,disitu maka bermula ujian demi ujian yang baru yang mungkin sedikit sebanyak seandainya x kuat akan meruntuhkan tekad untuk berpurdah tu kepada x memakai lagi purdah.. tapi gitula ana.. dah memang ana nie jenis yang nekad,ana cara apa.. dah ana decide nak pakai macam nie,datangla gajah kew,rimau kew,singa kew, ana takkan lari dari medan jihad sebagai seorang muslimah yang berpurdah...! xkan sama sekali..! sekali ana dah tetapkan maka ana akan perjuangkan sehingga hembusan nafas ana yang terakhir..!

pada awal ana berpurdah,macam ia memberi kejutan pada orang kampung sebab kampung ana mama kata memang xpernah ada yang berpurdah dan ini adalah pertama kalinya 'muncul' seorang nisa' yang berniqab.. bila keluar jew dari umah n seandainya ana berselisih dengan orang kg pasti akan dilihat pelik n x kurang anak2 muda yang perli "labuhnyer jilbab dye boleyh buat selimut.." "awak2,nak pinjam jilbab boleyh..sejukla" "awak eh,baru balik dari mesir kew..?? orang sekarang dop paka purdah doh.."

itula diantara kata2 yang dilemparkan kepada ana.. p ana x layan kata2 dowg.. ana tahu dowg sengaja menguji kesabaran ana sebenarnya.. ana telan kata2 dowg demi DIA... ana tahu ana kene kuat.. jalan nie yang ana pilih,jadi ana kene sabar dan sabar... 
hari meniti hari,bulan demi bulan kian berlalu,semakin lama dowg semakin boleyh menerima keadaan diri ana.. ke mana ana pergi ana akan di tegur.. x kurang ada yang 'puji' mama dan abah sebab berjaya bentuk anak jadi macam nie... Alhamdulillah.. syukur sangat perjuangan semakin dimudahkan waima sering di uji...

SAHABIAH INGIN BERHIJRAH

Alhamdulillah.. Allah memudahkan jalan ana untuk berdakwah.. bersahabat dengan semua rangkaian jenis sahabat.. sama ada yang berpurdah,only user the jilbab,bertudung arini n so on.. semuanya ana kawan.. x tengok pun yang ana kawan tu macam mana... sesetengah orang,bila dah berpurdah,dah berjilbab labuh,dowg berkwan sesama golongan dengan dowg jew... tapi x bagi ana.. ana yakin ana kuat.. kuat kerana ana yakin DIA sentiasa ada didalam hati ana dan di samping ana.. seandainya ana tersilap langkah pasti Dia akan gerakkan hati ana.. mudah2an Dia terus melindungi diri ana.. ameeen... 

-bersahabat dengan 'lesbian'(kasar jew bunyi)
 
ana ingin mulakan dengan sahabiah yang x bertudung.. jangan terkejut seandainya ana katakan ana pernah bersahabat dengan nisa' yang boleyh di golongkan dalam golongan lesbian.. hadirnya ana sebagai seorang sahabat... pada awalnya nisa' nie agak terkejut... ana hadir kedalam hidupnya sebagai sahabat setelah seorang sahabat ana 'mengalah' dah xnak berkawan dengannya kerana xkuat untuk terus berhadapan dengan nisa' seperti nisa' nie.. n meminta ana untuk membimbing nisa' nie.. ana namakan nisa' nie sebagai A,sebelum salam  perpisahan diucapkan oleyh sahabat ana kepada A,sahabat ana banyak bercerita tentang ana pada A,dan kata sahabat ana A tertarik untuk berkenalan dengan ana dan meminta no ana dari sahabat ana n i gave her my permission.. selepas sahabat ana menghulurkan salam perpisahan,sahabat ana pesan dekat ana yang A akan hubungi ana.. berdebar jugak... sahabat baik ana ada yang menentang keputusan ana untuk bersahabat dengan A tapi ana terus berpegang dengan pendirian ana untuk bersahabat dengan A.. ada jugak ana minx nasihat ustazah tentang nie dan ustazah cakap kalau x kuat bek jangan teruskan,kalau kuat,teruskan.. ana ada juga terfikir selepas tu,kuatkah ana untuk berhadapan dengan semua tu nanti dengan keadaan A yang agak 'istimewa' tu.. ana beristikharah dan akhirnya hati ana lebih membert untuk cuba membimbing A... salam perkenalan yang di hulurkan A kepada ana,ana sambut dengan baik kerana Allah.. setelah lama bermesej, A minta nak jumpa ana.. pada awalnya ana keliru jugk sama ada nak penuhi permintaan A ataupun x,ana berbincang dengan sahabat2 baik ana di maahad dan mereka cakap mereka akan teman ana.. kami decide untuk bertemu dekat satu tempat nie(dirahsiakan), ana pergi bertemankan lebih kurang 6 orang sahabat ana dua darinya sahabat baik ana, sampai di tempat yang di janjikan,kami dapat lihat A sedang setia menunggu ' dengan 2 orang sahabat yang sama 'jenis' dengannya.. A pada awalnya xtahu ana macam mana,selepas salam ana hulurkan, A nampak betul2 terkejut dan bertanya sama ada betul kew yang berpurdah itu ana.. ana mengiakan... tangan ana hulurkan untuk bersalaman, dye nampak ter agak2 untuk menyambutnya dan meliht telatah sahabat2 ana.. x ana akui sahabat2 ana nampak agak x selesa tapi x bagi ana selagi ana berpegang teguh dengan ayat2Nya ana akan terus tenang..! akhirnya huluran tangan ana bersambut dirinya ana peluk seperti ana peluk sahabat2 ana yang len.. melagakan pipi dari kanan ke kiri dan

kembali ke kanan balik bagi mengukuhkan ukhuwah kerana Allah.. pada awalnya dye agak canggung dengan kami tapi dirinya ana x pernah anggap 'lain' sebaliknya ana anggap dye seperti nisa' yang sama sahaja macam kami.. ana layannya sebagai sahabat dan ada jugak masa berjalan ana cuba memimpin tangannya(memang nie risiko sebenarnya).. kami bermesej seperti biasa... dye ada tanya khabar2 ana dan di samping mesej2 tu ada ana selit tentang agama sedikit demi sedikit.. x ana sangka rupanya layanan ana padanya di salah ertikan dan pernah di akui dye 'suka' ana... pengakuan 'suka' tu memang buat ana  terkejut sebab memang x sangkala dengan keadaan ana yang pakai purdah macam nie(dye memang xpernah tengok wajah ana sebab memang ana slalu elak)  pun dye boleyh suker... sama umonya dengan ana nisa' nie.. pengakuan 'suka'nya itu ana sambut.. tapi jangan salah faham dulu... bukan sambut untuk ber'couple' dengan nisa' nie.. xkan sama sekali... ! tapi ana sambut sebagai sahabat.. ana cakap dekat dye yang ana xboleyh sambut 'suker' dye tapi ana hanya akan sambut sebagai teman baik.. teman untuk dye luahkan segala msalah2 dye... pd awalnya nisa' nie macam xleyh  terima jew.. p makin lama dye makin boleyh terima.. ana cuba bagi nasihat demi nasihat tentang Allah dengan dye.. tentang betapa indahnya bercinta denganNya.. xpernah ana mengenal erti putus asa untuk mengucapkan "A,nur nak sangat tengok A pakai tudung,pakai baju kurung n dah xnak dah tengok nur pakai macam tu" setiap kali kami bermesej ana akan cuba untuk ungkapkan ayat nie... semakin lama dye semakin dapat terima sehinggala satu hari nie dye buat pengakuan,pengakuan yang ana masih simpan hingga ke detik nie..


"nur, saya nk jujur dgn awak.. memang sy sk awak.. sy ingt awk sk saya jgk sbgaimna saya sk awak.. saya nak jujur dengan awak,sy suka sangat bila awak peluk saya.. saya rasa len sangat.. saya suka sangat sebab saya rasa tenang.. saya ingat awak sama dengan hafizah2 dekat maahad dekat ngan umah saya(p/s-dye xtahu ana hafaz quran) dowg tu nama jew hafizah quran tapi suka dengan saya siap ajak saya couple dengan dowg lagi... saya ingat awk pn sama.. saya tunjuk gmbr awak y saya ambik curi2 dekat geng2 macam saya nie.. dowg solurt ngan saya sebab saya dapt puan macam awk.. tapi dowg xtahu y saya x bercinta pun dgn awak sebaliknya saya mengiakan j lau dowg kata awk 'awek' saya,.. bl sy makin lama saya kenal awak,n makin lama saya teliti balik tarbiyah awk,sy memang salh dengan awak.. nur,awak bimbinglah saya balik.. saya nak kembali ke pangkal jalan.. saya memang benci lelaki sangat2.. tapi saya tahu nur boleyh ubah saya nanti..."

nie diantara pengakuan dye yang msih ana simpan.. xdapat ana salin semua sms dye dekat sini takut mengaibkan... sebahagian sahaja dapat ana kongsikan di sini.. ana rasa bagaikan ingin menitiskan airmata betapa Allah maha kaya.. maha memberi petunjuk dekat nisa' nie.. syukur sangat...  apatah lagi suatu hari nie tetiba ana dapat satu MMS,ana xtahu apa isinya.. bila ana buka MASYAALLAH..! gambar A..! mahu ajew ana menangis kesyukuran.. A memakai tudung dan berbaju kurung.. cantik sekali..! Allahurabbi... betapa Dia maha kaya dalam segalanya... lepas dari tu ana dapat lagi satu mesej.. nie mesejnya yang ana masih simpan..^_^(untuk perkongsian..)


"nur, A dah nekad untuk berubah.. ma nampak gembira sangat bila A ckap dekat mama yang A kawan dengan nur.. mama nampak gembira sangt bila tengok A bertudung dan berbaju kurung seperti perempuan yang len.. A satu2nya anak perempuan dalam keluarga jadi mama sangat mengharapkan A.. A ucapkan terima kasih sangat2 pada nur sebab dah pimpin A kembali pada jalanNya.. walaupun A pernah salah sangka dengan layanan nur sebelum nie tapi A akui A memang sayang nur.. dulu A sayng nur 'lebih' tapi sekarang A sayang nur sebagai sahabat A yang terbaik...jangan tinggalkan A bersendirian,A takut x kuat..."

Allahurabbi.. terharu sangat saat nie.. x ana akui ana memang ambik risiko yang cukup tinggi bila sanggup bersahabat dengan glongan yang dilaknat Allah..tapi sape lagi yang akan membimbing mereka seandainya msing2 ingin menjauhkan diri dari mereka.. x ana nafikan an berdepan dengan tentangan hebat pada awalnya sebab x mudah sebenarnya nak harungi semua tu kalau x kuat... ana pernah dipandang serong oleyh masyarakat sekeliling dengan mengatakan "harap jew diri pakai purdah tutup semua tapi bercinta dengan lesbian..

Allah laknat jugak nanti kalau tutup semua tu pun.." inilah diantara kata2 yang dilemparkan kepada ana yang xkan ana lupakan sampai bila2.. cukup bisa,cukup pedih,cukup menikam kalbu,x ana nafikan ana pernah jugak hampir putus asa.. ana pernah menangis sampai mata x mampu rasanya untuk di celikkan kembali, tapi demi Dia,ini jalan yang ana pilih jadi ana harus teruskan sehingga berjaya.. semua kata2 yang sangat pedih dan berbisa tu ana telan sorang2.. ana xmampu untuk meluahkan pada sahabat2 ana.. cukupla seandainya Dia jadi tempat untuk ana berkongsi segala kepayahan semasa membimbing seorang hamba Allah.. berkesempatan mempunyai blog sendiri membuatkan ana tertarik untuk berkongsi dengan sahabi dan sahabiah sekalian...^_^

harapan ana pada A seandainya A membaca blog nie n tahu dirinya yang di maksudnya di sini

"sahabatku sayang, xde apa yang dapat nur ungkapkan melainkan ucapan syukur kepadaNya kerana akhirnya Dia membuka hati A untuk berubah dan kembali kepada landasan kebenaran dan syariat islam yang sebenarnya.. A,teruskan istiqamah ye.. nur sentiasa akan ada di belakang A di saat A sedang berjihad merubah diri ke jalan Ilahi.. waima sekarang keadaan kita yang jauh kerana dipisahkan negeri2 yang berbeza, dekat atau jauh,nur sentiasa ingat A dan sentiasa doakan moga A terus kuat.. kuat dalam mengharungi segala liku2 kehidupan nie... salam sayang dariku... NUR HUMAIRA(nama yang di ubah^_^) 

-bersahabat dengan golongan bertudung biasa 

 bersahabat  dengan yang bertudung biasa nie xla banyak ragam sangat tapi terkadang ada jugakla masalahnya.. masalahnya dorang terlalu berfesyen fesyen..he3.. p x salah seandainya nak berfesyen p berfesyen pada kadarnya sahajala.. apa2 pun ana memang ramai kawan dari

kerabat yang nie..he3 
dowg nie memang spoting habis.. ana masih ingat semasa ana ikut trip ke cameron dengan sahabiah dari smk biasa, waima hanya ana yang agak 'lain' pada awalnya ana canggung tapi ana x malu atau apa sebab ana bersahabat kerana Allah.. demi Allah,sepanjang trip tu dowg niela yang jaga ana.. siap back up ana lagi bila ana di ganggu oleyh 'buaya2 jalanan' yang agak gatal mengganggu.. berjalan pun siap pimpin2 tangan lagi..he3.. dowg memang spoting habis.. thanz a lot for all of my fren at smk penarek..most of them are so spoting,,he3
kalian x pernah segan pun untuk berjalan dengan ana yang satu2nya insan 'pelik' nie..

ok.. tentang penghijrahan sahabiah yang dari golongan nie pulaq.. Alhamdulillah.. ramai yang mula mengikut jejak untuk berjilbab.. memang seandainya sekali dipandang oleyh

masyarakat yang dowg nie macam terikut ikut jew untuk pakai jilbab tapi sebenarnya masyarakat itu sendiri x mampu menilai keinginan itu datang dari hati mereka sendiri..  tapi begitula masyrakat.. kenapa x menilai mereka dari hati.. kenpa menilai dari pandangan mata yang mungkin boleyh menipu kita.. sebagai contoh,ana ingin berkongsi dengan sahabiah sekalian tentang penghijrahan sahabat baik ana.. dye dari sekolah kebangsaan biasa... namanya ila(bukan nama sebenar).. dye memang pada awalnya hanya bertudung biasa2 sahaja.. tapi dye pandai menjaga auratnya..  xpernah memakai tudung sehingga menampakkan dada.. semuanya tertutup.. dye pakai pakaian mengikut aturan islam yang sebetulnya... dye pernah cakap hidup dikelilingi dengan sahabiah yang berjilbab membuatkan hatinya terdetik                                                         untuk
 berjilbab pulaq.. as her bestfriend i'm oweys gv her my support.. cuma ana harap dye semakin kuat dan beristiqamah... hidup xkan terasa indah seandainya x diujikan..??^_^ nak2 bila usia sudah meningkat ke angka 18 tahun.. semua itu mematangkan diri sebenarnya... terus kuat ye sayang..!kami sentiasa doakan yang terbaik untuk ila.. p perubahan jangan terlalu mendadak.. perlahan lahan.. moga ia kekal berpanjangan sehingga akhir hayat..!


-bersahabat dengan golongan berjilbab labuh dan berpurdah


x dinafikan untuk sahabiah golongan nie ana memang ramai sangat2 nak2 yang datangnya dari smka n maahad also.. hurm... hurm.. banyak jugak ragamnya.. bersahabat dengan pelbagai aneka rangkaian sahabat membuatkan ana mampu membeza dan menilai bagaimanakah dan di manakah beza di antara yang berjilbab,berpurdah dan bertudung biasa nie...dulu masa ana kecik(lam darjah 5 dan 6) ana ingat yang berjilbab labuh n berpurdah nie semua alim2,warak2 n hafizah quran semuanya(sebab terpengaruh tengok mak2 sdare n kawan2nya yang hafizah semua pakai macam nie.. )ingatkan yang berjilbab n berpurdah nie semua hafizah..p upenya x...

 stop cakap tentang tuh..kembali kepada cerita asal.. yang ana nak kongsikan di sini bukan nak burukkan sesape atau memperlekehkan sesiapa sebaliknya ini perkongsian dan teguran serta peringtan pada diri ana sendiri jugak... bersahabat dengan sahabiah dari rangkaian 'alim' macam nie membuatkan ana terfikir dan bermuhasabah.. betul kata orang.. janganla menilai orang daripda luarannya serta cara pemakaiannya kerana luarannya itu belum tentu lagi mempamerkan dalamannya yang sebenarnya... sebaliknya nilailah manusia itu melalui hati dan pacaran sinar pada wajahnya.. seandainy dye permata,maka cahaya dari sinar permata itu pasti akan terpamer pada wajah seandainya sebaliknya maka kita pasti mampu membacanya jugak... bila di fikir2 balik dan dilihat serta dinilai,hurm terkadang golongan 'alim' nie xde beza pun dengan yang bertudung biasa...(maaf seandainya ada sahabiah yang terasa..ini cuma dari penilaian.. dan mungkin jugak apa yang dikatakan di sini terkene dengan diri ana sendiri..peringtan untuk ana jugak ) yang beza cuma cara pemakaian.. kenapa mesti berpakaian begini seandainya tingkah tidak kalian jaga..???! kenapa kalian mesti mempamerkan yang kalian sedikit pun xde beza dengan yang berpakaian biasa..??? kenapa terkadang kalanya tingkah kalian lebih 'melampau' dari nisa'2 yang biasa..??? ingatlah sahabiahku sekalian bila anda memilih jalan untuk mengikut sunnah,tingkah xperlu dijaga.. sebaliknya semuanya perlu dijaga dengan rapi terutamanya tingkah kita.. ingatla setapak kita tersalah langkah masyarakat mula akan memandang serong pada golongan yang pemakaian yang mengikut sunnah.. ingatla kerana nila setitik habis satu belanga susu tu rosak nanti.. bila dah decide nak pakai macam nie,perlulah bersedia dari segi fizikal dan mental.. kita perlu sentiasa beristiqamah sayangku... seandainya kita memakai pakaian macam nie hanya kerana dahagakan pujian baik dari masyarakat,xde gunanya jugak kerana kita akan menjadi hina di hadapanNya.. ingatla tujuan utama kita berpakaian macam nie.. tujuan kita yang utama adalah kerana Dia.. kerana ingin berjihad di atas jalan yang diredhai Allah.. demi rahmatNya,demia mahhabahNya,demi keredhaanNya,dan demi maghrfirat Nya.. ingatla.. perempuan dan muslimah itu dua rangkaian kata yang sangat berbeza.. jangan sahabiahku sayang sekalian ingat bila dah berjilbab labuh,dah berpurdah antum dah termasuk dalam golongan muslimah,x sama sekali seandainya semua yang sepatutnya antum jaga p antum x menjaganya... yang utama kalian perlu jaga


1- jagaila hati kalian daripada ternoda dengan kepalsuan cinta rijal yang xpasti..
2- jagaila perilaku kalian sebagai mujahidah.. demi keredhaanNya...
3- jagaila setiap tutur biacara kalian..
4-letakla Dia sepenuhnya didalam pemandangan kalian..



GADIS IDAMAN


gadis itu
wajahnya berona NUR IMAN,
Mahkotanya dilitupi tanda KEHORMATAN.
maruah diri dipagari dengan KESOPANAN,
dialah puteri indah RUPAWAN.

tika gadis lain sibuk menghiasi diri,
dia hias NUR ILAHI pada WAJAHNYA,

tika gadis lain sibuk mencari SANG PUTERA,
dia selesa bersama cinta-Nya.

tika gadis lain sibuk BERMADAH PUJANGGA,
dia tekun dengan BAIT kata TUHANnya..

tika gadis lain menangisi pemergian ARJUNA,
dia tangisi KEHINAAN DIRI sebagai hamba..

gadis itu seperti MAWAR BERDURI,
INDAH dipandang namun sangat sukar untuk DIPEGANG,
MULIANYA kerana KETAQWAAN..
cantiknya kerana keperibadian AKHLAK MULIA..


Sahabiahku sayang,
mahukah kalian menjadi gadis idaman ini..??? seandainya benar,jagaila semuanya wahai sahabiahku sayang... yang kita harapkan adalah keredhaanNya sayangku.. bukan pandangan baik dari masyarakat dan bukan jugak kerana ingin menjadi pujaan si arjuna.. cukup seandainya hidup kita tersuluh dengan Nur-Nya.. kita akan sentiasa tenang...

pesanku padamu wahai sahabiahku sayang,
janganla kerana ikutan atau trend kamu berpakaian seperti ini,sebaliknya lakukanlah semuanya kerana Dia..
sahabiahku sayang,
DIA terlalu penting didalam kehidupan kita,
tanpaNya kita lemah,
tanpaNya kita pasti kan tewas...
sahabiahku sayang,
ingatla kerana dengan 'belaian2Nya'lah kita bangkit,
bangkit menjadi nisa' yang kental di medan jihad,
bangkit menjadi nisa' yang tabah mengharungi segala onak duri,
bangkit menjadi nisa' yang penuh dengan kesabaran demi keredhaanNya,
bangkit menjadi nisa' yang sangat mensyukuri segalanya...

sahabiahku sayang...
hidupla keranaNya..
hidup ini x semudah disangkakan
dan x jugak seindah yang di gambarkan...
bangkitla menjadi seorang mujahidah solehah...!

demi Allah, hazirah sangat mencintai kalian..! 



 
     

5 comments:

  1. assalamualaikum ukhti..
    ana suka cerite enti..dan ana sokong apa enti buat moga2 apa yg kita buat mendapat keredhaan dari Allah swt..insyaAllah ^^ terus perjuangan ya caiyok...caiyok!!

    ReplyDelete
  2. moga enti trus kuat dan xkn jemu menebarkn dkwh Allah di muka bumi ini :)

    ReplyDelete
  3. assalamualaikum ukhti..ana suka sgt artikel ukhti ^_^ ..actually,ana nak sgt guna niqab ..tp,family mcm x suruh ana pakai jer .ana pakai jilbab pun diorang kata "dah pakat2 jd ustazah ker" ..ayat tulah yg siorang ajukan kat ana ..ana x tahu lgi mcm mane nak ckp kat diorang yg ana nk guna niqab :'(

    ReplyDelete
  4. Entry yg sgt menarik. Terima kasih dik kongsi pengalaman. Doakan akak kuat nk cuba berniqab

    ReplyDelete

IMPIAN DAN HARAPAN

23:56